Friday, July 12, 2019

Makan di kedai makan ada cabaran yang tinggi masa Arysha umur 1 tahun. Habis semua barang dia nak tarik, meja nak panjat, air di tebalikkan. Untuk kami makan dengan tenang, aku bagi Arysha tonton video di smartphone. Berhasil, kami dapat makan dengan tenang tanpa gangguan. Arysha pula cuma perlu buka mulut sambil mata tengok screen smartphone, semua yang disuap, dia telah je.. Tapi hati aku tak tenang. Aku terfikir fikir.. salah ke budak ni nak belajar mengenal keadaan? Salah ke dia nak kenal makanan dia? makan bersama-sama, kenal apa setiap makanan yang dia telan, kenal sudu garfu, tau erti penyesalan kena marah sebab tumpahkan air.. Aku tak patut mengantikan pengalaman hidup dia dengan pengalaman fantasi, dan aku tak sanggup melihat budak tu macam babydoll makan tanpa interaksi dua hala. Sekarang, Arysha yang 3 tahun tu cuma dapat main smartphone sebulan sekali atau tidak langsung.Gantikan dengan mainan yang lebih nyata. 2019, Ary Yafie menganti tempat Arysha, bukan setakat air dan kuah laksa tumpah, smartfon pun tak berkesan untuk menenangkan keadaan.

No comments:

Post a Comment